Monday, August 17, 2020

About Masjid Alor Madi Monday, August 17, 2020





Similar To "About Masjid Alor Madi"


1 comment :

  1. Masjid Alor Madi merupakan salah sebuah masjid dalam Negeri Kedah, yang terletak di dalam mukim Anak Bukit di Bandar Alor Setar. Masjid Alor Madi kini telah dihiasi oleh dua buah kubah yang berwarna emas kekuningan. Bangunan masjid ini terletak di antara dua buah kampung iaitu Kampung Seberang Titi Keretapi dan Kampung Alor Madi. Ia dibina pada tahun 1968.



    Imam pertama ialah Tok Haji Hamid bin Mad ‘Aqib (yang meninggal pada tahun 1974). Beliau merupakan Penghulu Masjid yang kini kita gelar jawatan tersebut sebagai Pengerusi Masjid. Beliau di antara Orang Sepuluh yang menjaga dan menguruskan Masjid Alor Madi ketika itu.



    Imam kedua diambil alih oleh Ustaz Haji Adnan bin Haji Ahmad. Beliau ketika itu dibantu oleh dua orang bilal iaitu Haji Ahmad (lebih dikenali dengan panggilan Pak Mat Yan) dan juga Haji Daud bin Haji Yusoff serta dua orang siak iaitu Haji Lat bin Man dan Haji Ramli bin Haji Kasa.



    Kemudian, tugas imam diambil alih oleh Ustaz Haji Abdul Razak bin Haji Din, yang sekaligus merupakan Pengerusi Masjid Alor Madi. Beliau dibantu oleh dua orang bilal iaitu Haji Daud bin Haji Yusoff dan Haji Ramli bin Haji Kasa. Juga dua orang siak iaitu Shahid bin Haji Ramli dan Haji Zulkifli bin Md Isa.



    Sekarang tugas imam masih lagi dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Razak bin Haji Din. Beliau kini dibantu oleh seorang bilal iaitu Saudara Takiyuddin bin Abdul Wahid dan dua orang siak iaitu Saudara Shahid bin Haji Ramli dan Tuan Haji Zulkifli bin Md Isa.

    ReplyDelete

Sila Tulis Komen Di Sini :